Kedai Buku Online

Khamis, 27 Mei 2010

Stormreaders Network|MLM patuh syariah 100%

"Memberi makanan minda dengan meningkatkan ilmu pengetahuan melalui pembacaan lebih besar makna dan fungsinya ke arah menaikkan tamadun dan peradaban manusia daripada memberi makanan kepada tubuh badan semata-mata"-Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah....sesiapa berminat menyertainya..sila emailkan kepada zubadi_01@yahoo.com

Rabu, 19 Mei 2010

MENEROBOS SEMPADAN DIRI

Penulis : Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah
Kod Katalog : TBBK 1028
Kos ISBN : 983-3494-21-8
HARGA : RM 19.90

Diri anda sebenarnya mampu melakukan "wonders" lebih daripada apa yang anda sangkakan. Apa yang minda anda mampu bayangkan, anda mampu milikinya. Tetapi diri anda sering dipagari tembok yang menghalang anda daripada mencapai cita-cita tersebut. Kadang-kadang anda takut gagal. Sejarah lampau juga menghantui langkah anda. Mungkin juga anda jahil. Atau sasaran anda terlalu kabur untuk anda fokus. Buku ini memberi panduan untuk anda meruntuhkan tembok itu dan menerobos sempadan diri.

KALAU YA ,KATAKAN YA

Penulis : Dr H.M Tuah Iskandar Al Haj
Kod Katalog : TBBK 1059
Kod ISBN : 978-983-3494-83-5
HARGA : RM25.90

DR. TUAH menulis daripada pengalaman yang telah beliau lalui sepanjang kehidupan; dari era persekolahan hingga masa kini. Peristiwa itu berlaku pada dirinya sendiri mahupun yang berlaku pada orang lain. Daya imaginasinya cukup tinggi. Beliau segera nampak dan menganalisa di sebalik apa yang berlaku. Apa hikmahnya? Apa motivasi yang boleh dipelajari? Kenapa Tuhan jadikan peristiwa itu? Apa manfaatnya untuk pembangunan diri sendiri? Dalam buku ketiga beliau dengan Telaga Biru ini beliau menulis tentang kehidupan, kekeluargaan, jodoh, cinta, rumah tangga, ketuhanan, agama, ibadah, akhlak, keperibadian, semangat kebangsaan, seni, gejala sosial, motivasi diri, ajaran sesat, psikologi, kerjaya, ekonomi, pengurusan, kewangan dan pelbagai aspek lagi.

JANGAN MAIN-MAIN

Penulis : Dr. HM Tuah Iskandar
Kod Katalog : TBBK 1044
Kos ISBN : 983-3494-68-4
HARGA : RM 25.90

Dalam siri ini Dr. Tuah menulis tentang semangat, daya tahan, daya juang, kecerdasan minda, membangun minda, kepimpinan, kesihatan, kesungguhan bekerja, kerjaya, keusahawanan, mencipta nama, pengurusan cemerlang, fahaman agama, emosi, cinta, peranan hati, akhlak, belajar dari alam, psikologi, ketamadunan manusia, sejarah nabi, takdir, rezeki dan ajal.

ADA BAGUS BAGUSSS

Penulis : Dr. HM Tuah Iskandar
Kod Katalog : TBBK 1040
Kos ISBN : 978-983-3494-72-9
HARGA : RM25.90

Menulis daripada pengalaman yang telah beliau lalui sepanjang kehidupan; dari era persekolahan hingga masa kini. Daya imaginasi-nya cukup tinggi. Beliau se-gera nampak dan meng-analisa di sebalik apa yang berlaku. Siri ini menghurai tentang motivasi diri, kehidupan, kekeluargaan, ke-ibubapaan, suami isteri, re-maja, disiplin, usaha, pro-fesyen, business, keusaha-wanan, kerjaya, ketuhanan, keagamaan, ibadah, psiko-logi, bahasa, bangsa, nos-talgia, cinta, kesihatan, akhlak, budaya, kembara, aktiviti santai, dan IPT.

Selasa, 18 Mei 2010

Hadiah Buat Muslimah

Hadiah Buat Muslimah
Penulis : Siti Nor Bahyah Mahamood
Kod Katalog : TBBK 1074
Kos ISBN : 978-967-5102-05-9
HARGA : RM 30.00

HADIAH BUAT MUSLIMAH – Panduan Asas Fiqah Wanita ialah sebuah buku yang wajar dimiliki oleh semua wanita. Terkandung dalamnya perkara asas Fardu Ain khusus yang berkaitan dengan wanita seperti bersuci, jenis air, pembahagian najis, istinjak, wuduk, tayamum, jenis darah, mandi, solat, menutup aurat, solat jenazah, zakat, berpuasa, haji, perkahwinan dan yang berkaitan dengannya, pergaulan, perhiasan, mendidik anak dan poligami.
Hukum-hakam yang dipersembahkan dalam buku ini lengkap dengan nas dari al-Quran dan hadis. Isu yang dibincangkan mustahak, kontemporari dan relevan. Buku ini sesuai untuk semua pelajar wanita, gadis, remaja dan wanita dewasa. Sebab itu buku ini layak dihadiahkan kepada semua golongan Muslimah. Berikan mereka hadiah yang terindah - IBADAH YANG SEMPURNA...Sila kunjungi ...http://www.stormreaders.net/Zubadi

SYAMAIL MUHAMMAD S.A.W

Penulis : Imam al-Tirmizi
Kod Katalog : TBBK 1085
Kos ISBN : 978-967-5102-16-5
HARGA : RM 45.00

Syamail Muhammad s.a.w. ialah himpunan hadis oleh Imam al-Tirmizi tentang Rasulullah s.a.w. dalam 5 aspek kehidupan Baginda iaitu:
  1. FIZIKAL: Tanda kenabian, rambut, uban, celak, berbekam, pakaian, aksesori, kasut, sandal, cincin, pedang, baju besi, pelindung kepala, serban, sarung dan tempat tidur.
  2. PERILAKU: Cara berjalan, duduk, bersandar, bertopang, tidur, makan, jenis roti, lauk, gelas minum dan buah-buahan.
  3. IBADAH: Wuduk, doa, wangi-wangian, solat Dhuha, solat sunat di rumah, puasa dan membaca al-Quran.
  4. PERHUBUNGAN & AKHLAK: Berbicara, ketawa, bergurau, bersyair, berbual, bersifat tawaduk, rasa malu dan tangisan.
  5. PENGHIDUPAN: Nama-nama Rasulullah, penghidupan, usia, kewafatan, warisan dan mimpi melihat Rasulullah.
Untuk tempahan sila kunjungi:http://www.stormreaders.net/Zubadi

Sabtu, 1 Mei 2010

FORMULA SOLAT SEMPURNA

Penulis : Ust. Zaharuddin Abd. Rahman
Kod Katalog : TBBK 1048
Kos ISBN : 978-983-3494-98-9
HARGA : RM25.90

FORMULA SOLAT SEMPURNA
ini menjelaskan kepada pembaca dengan pendekatan mudah dan mantap berkenaan cara menunaikan solat secara lebih sempurna iaitu dengan menggabungkan sunat-sunat semasa solat bersama rukun dan syaratnya.
Keistimewaan buku ini terletak pada kupasan ringkas dan padat hasil kajian mendalam daripada kitab-kitab turath silam dan kontemporari. Penulis membawakan nas-nas yang terbaik hasil ijtihad para ulama hadis silam dan semasa.
Aspek ini menjadikan ia sebuah buku yang amat sesuai buat semua lapisan masyarakat dan latar belakang, hingga mereka yang mempunyai kefahaman Syariah yang minimum juga mampu memahami ulasan di dalam buku ini dengan baik. Demikian juga mereka yang khusus dalam ilmu Syariah juga diyakini akan mendapat sesuatu yang menarik daripada buku ini. Kandungan buku ini disusun dalam bentuk menarik mengikut kronologi pergerakan solat dan kemudian disusuli dengan nas-nas warid daripada Nabi s.a.w. Seterusnya huraian amat berguna berkaitan khusyuk, masalah dan punca kehilangannya dewasa ini.